Selamat Datang Ke Homestay Melaka-Gmat!!


D'Molek Homestay di Tiang Dua, Melaka.






"Selamat Datang ke HomestayMelaka-Gmat"

Perkhidmatan yang disediakan oleh kami ialah penyewaan homestay dan rumah untuk kemudahan penginapan bagi mereka yang mementingkan keselesaan. Kediaman yang kami tawarkan ialah yang mempunyai kemudahan seperti di rumah sendiri. Dengan kemudahan tersebut, menjadikan percutian anda menjadi lebih bermakna lagi.

Setelah seharian berjalan dan kelaparan anda boleh terus memasak kerana kelengkapan memasak seperti dapur juga di sediakan. Sambil menantikan hidangan yang dimasak siap, anda bolehlah mendengar/menonton rancangan kegemaran anda dari siaran TV. Kami pasti perkhidmatan yang disediakan akan memenuhi kehendak anda sesuai dengan matlamat kami iaitu setiap ringgit yang dikeluarkan insyaAllah anda akan mendapat kepuasannya.

Untuk pengetahuan pengunjung kami menyediakan 4 buah homestay di sekitar negeri Melaka ini:-

1) D'Molek Homestay di Tiang Dua, Melaka dan
2) 3 buah G-Mat Homestay di Taman Semabok Jaya, Melaka.

G-Mat Homestay di No 17 & 19, Taman Semabok Jaya, Melaka.





Homestay G-Mat di No 14, Taman Semabok Jaya, Melaka.






Kami menyediakan kelengkapan asas yang tip-top, insyaAllah anda semua yang berkunjung di homestay akan gembira dan berpuas hati dengan pekhidmatan terbaik kami. Lokasi kami yang strategik dan berhampiran dengan pusat-pusat rekreasi serta pelancongan popular yang terdapat di negeri Melaka ini akan menjamin keselesaan anda bersama kami.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian berikut:-

1) En Mohamamad 012-6161367
2) Puan Rozinah 019-269 8055

D'Molek Homestay






Homestay pertama kami ini sememangnya unik kerana berada di persekitaran kampong Melayu Melaka. Anda akan dapat merasai suasana perkampungan  yang aman damai serta tenang di sini. Sebuah rumah homestay yang besar yang boleh didiami oleh beberapa keluarga kecil pada satu-satu masa. Disediakan kawasan parkir kereta yang luas bersebelahan homestay serta berpagar bagi keselamatan kenderaan pengunjung. 

InsyaAllah pasti anda berasa kelainan disini dengan suasana aman damai sentosa. Anda akan kedengaran kicau burung dan kokokkan ayam jantan di hening pagi serta bunyi cengkerik bila senja menjelang tiba. Seumpama anda berada di kampung halaman anda sendiri.

Ruang Tamu & Bilik Studio












Ruang tamu yg luas, cantik serta selesa. Yang uniknya ia dikembarkan dengan sebuah bilik studio di ruangan tamu ini bekonsepkan rileks dan santai. 

Master Bedroom 










Master bedroom di lengkapkan dengan katil queen size bed, air-cond, kipas syilling, almari pakaian, almari solek serta kemudahan asas yang lain. Pasti anda teruja dan selesa disini. Bilik air/ tandas juga disediakan di dalam bilik utama ini.

Ruang Tamu







Hiasan dalaman di ruang tamu ini berkonsepkan moden ala-bali, santai, rileks dan lapang. Amat sesuai untuk anda sekeluarga beristrehat setelah keletihan bersiar-siar di tempat-tempat rekreasi dan pelancongan yang terdapat di negeri Melaka ini. Sofa set yang cantik serta perabot kayu bali, tv set, air-cond, kipas dan kemudahan lain kami sediakan untuk para pengunjung.

Ruang Makan & Dapor






Dapor kami dilengkapan dengan kelengkapan memasak moden, peti ais, alatan memasak dan lain-lain. Meja makan kayu serta lain kemudahan untuk pastikan anda berasa seperti dirumah anda sendiri bila menetap di sini. InsyaAllah pasti anda sekeluarga akan gembira sepanjang anda berada disini.

Bilik Air/ Tandas 



Terdapat juga bilik air/ tandas di dapor untuk kegunaan para pengunjung. Sentiasa dibersihkan bagi keselesaan anda semua.

Diharapkan anda semua berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan kami. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada para pengunjung "regular" kami yang sentiasa bertandang ke sini setiap kali musim percutian sekolah dan hari-hari kelepasan/ umum yang lain. Sokongan anda semua amat kami hargai.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi talian berikut:-

1) En Mohamamad 012-6161367
2) Puan Rozinah 019-269 8055
Alamat : Batu 5, Tiang Dua, Air Molek, Melaka.
Harga boleh dirunding